Moldova batal rancangan sambung semula penerbangan ke Rusia


Pihak berkuasa Moldova pada Ahad melarang syarikat negara menjalankan penerbangan di ruang udara Rusia sekali gus menarik semula pengumuman pada Jumaat yang membenarkan operasi penerbangan ke Rusia pada Jumaat. – Gambar EPA, 12 September, 2022.

SYARIKAT penerbangan negara jiran Ukraine, Moldova telah membatalkan rancangan untuk menyambung semula penerbangan ke Rusia, katanya.

Air Moldova pada Jumaat mengumumkan ia akan menyambung semula penerbangan ke Rusia, yang dihentikan kerana pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Tetapi dalam satu kenyataan pada Ahad ia berkata “pihak berkuasa penerbangan awam Moldova menerbitkan arahan operasi… melarang syarikat negara menjalankan penerbangan di ruang udara Rusia.”

“Akibatnya Air Moldova tidak akan dapat memastikan penerbangan antara Chisinau dan Moscow seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Sebelum pencerobohan Rusia, Air Moldova menjalankan laluan ke ibu negara Rusia Moscow, bandar kedua Saint Petersburg dan bandar Krasnodar di selatan.

Moldova menutup ruang udaranya pada 24 Februari, hari yang sama tentera Rusia memasuki Ukraine, jiran Moldova di timur. Ia dibuka semula pada 21 Mac.

Moldova, sebuah negara dengan 2.6 juta penduduk yang disepit oleh Romania dan Ukraine, pada akhir Jun diberikan status calon Kesatuan Eropah (EU).

Bagaimanapun, proses penyertaan EU itu boleh mengambil masa bertahun-tahun. – AFP, 12 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen