KKM lapor 1,990 kes baharu Covid-19, 4 kematian


Raevathi Supramaniam

Seramai 21 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 46 orang memerlukan alat bantuan pernafasan setakat semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 September, 2022.

SEBANYAK 1,990 kes baharu Covid-19 dan empat kematian direkodkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,801,653 kes sejak pandemik melanda.

Selangor catat kes baharu tertinggi iaitu 500 kes, diikuti Kuala Lumpur (454) dan Sabah (183).

Bagi kematian akibat Covid-19 pula, data GitHub KKM menunjukkan Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan satu kematian.

Ketika ini seramai 1,287 individu positif Covid-19 dirawat di hospital. Seramai 21 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 46 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – 10 September, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen