Bank Negara naikkan OPR kepada 2.50%


BNM berkata walaupun keadaan rantaian bekalan global terus reda, tekanan inflasi kekal tinggi berikutan kenaikan harga komoditi dan pasaran buruh yang ketat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 September, 2022.

BANK Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50%.

Ini adalah kenaikan kadar yang ketiga berturut-turut.

Bank itu menaikkan OPR kepada 2% daripada 1.75% pada Mei. 

Pada Julai, ia menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 2.25%.

BNM dalam satu kenyataan berkata walaupun keadaan rantaian bekalan global terus reda, tekanan inflasi kekal tinggi berikutan kenaikan harga komoditi dan pasaran buruh yang ketat.

“Oleh itu, bank pusat dijangka terus menyesuaikan tetapan dasar monetari mereka, pada kadar lebih cepat, untuk mengurangkan tekanan inflasi,” katanya. – 8 September, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen