PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang perlu menjawab dakwaan Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang partinya menerima rasuah RM90 juta daripada Umno, kata Lim Guan Eng hari ini.
Ini berlaku selepas Hadi menuduh orang bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai punca rasuah di negara ini.
“Demi kepentingan akauntabiliti dan ketelusan, Hadi perlu menjelaskan secara terbuka pendedahan oleh Clare,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Hadi menyaman Rewcastle-Brown di London berhubung artikel pada 2016 yang mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak memberi RM90 juta kepada pemimpin PAS untuk memastikan sokongan mereka pada pilihan raya umum 2018.
Bagaimanapun, saman itu berakhir dengan penyelesaian di luar mahkamah yang menyaksikan Hadi sebaliknya membayar Rewcastle-Brown RM1.4 juta.
Lim berkata jika Hadi enggan menjelaskan mengapa beliau membayar Rewcastle-Brown RM1.4 juta selepas menarik balik saman terhadapnya, laporan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dibuat terhadap beliau. – 7 September, 2022.
Komen