PM ucap tahniah U-Wei jadi ketua juri Festival Filem Antarabangsa Moscow


PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pengarah filem tersohor negara U-Wei Saari yang dipilih mewakili Malaysia sebagai ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow, Rusia yang berlangsung bulan lepas.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata pemilihan U-Wei merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.

“Syabas kerana memperkasa dan mengantarabangsa Bahasa Melayu dengan menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu di Moscow,” katanya.

U-Wei memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa Moscow apabila menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu sekali gus dilihat memartabatkan bahasa ibunda. – Bernama, 6 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen