KKM lapor 2,244 kes baharu Covid-19, 9 lagi kematian


Elill Easwaran

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada hampir 4.78 juta kes sejak pandemik melanda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 September, 2022.

SEBANYAK 2,244 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,789,552 kes sejak pandemik melanda.

Selangor catat angka harian tertinggi semalam iaitu 679 kes, diikuti Kuala Lumpur (466) dan Perak (224).

Semalam juga sebanyak sembilan kematian akibat Covid-19 dicatatkan, dengan dua daripadanya berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 36,243 orang, menurut data KKM.

Sebanyak tiga kematian direkodkan Johor, dua di Sarawak; manakala Melaka, Pahang, Perak dan Selangor masing-masing satu kes.

Setakat ini seramai 1,251 pesakit Covid-19 dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 35 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 40 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 4 September, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen