Kumpulan hak asasi manusia kecam tindakan usir 135 pelarian Myanmar


Raevathi Supramaniam

Ribuan rakyat Myanmar diseksa dan dipenjarakan manakala ramai yang mati berikutan rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan Aung Sung Suu Kyi. – Gambar EPA, 3 September, 2022.

DUA kumpulan hak asasi manusia mengecam tindakan Malaysia menghantar pulang 135 pelarian Myanmar dari negara itu.

Alliance of Chin Refugees dan Beyond Borders dalam satu kenyataan bersama menggesa kerajaan menghentikan pengusiran mereka dengan segera.

“Pengusiran ini mesti dihentikan serta-merta kerana Malaysia terikat dengan prinsip non-refoilement yang melarang kerajaan menghantar orang kembali ke tempat di mana mereka mungkin berdepan penganiayaan.

“Ribuan rakyat Myanmar diseksa dan dipenjarakan manakala ramai yang mati berikutan rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan Aung Sung Suu Kyi yang dipilih secara demokrasi.

“Memandangkan situasi asas di Myanmar dan kecaman keras Malaysia terhadap keganasan yang disasarkan kepada rakyat biasa serta aktivis, pengusiran yang dirancang ini amat mengejutkan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Tentera menggulingkan kerajaan yang dipilih Suu Kyi pada Februari tahun lalu dan mengisytiharkan darurat.

Suu Kyi diletakkan di bawah tahanan rumah dan didakwa memiliki walkie-talkie haram serta melanggar Undang-undang Bencana Alam Negara. – 3 September, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen