KKM lapor 2,328 kes baharu Covid-19, 9 kematian


Raevathi Supramaniam

Jumlah terkumpul jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 4,787,308 kes sejak pandemik melanda, menurut data KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 September, 2022.

SEBANYAK 2,328 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,787,308 kes sejak pandemik melanda.

Selangor paling tinggi catat angka harian tertinggi semalam iaitu 715 kes, diikuti Kuala Lumpur (415) dan Sabah (205).

Semalam juga sebanyak sembilan kematian akibat Covid-19 dicatatkan, dengan tiga daripadanya berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 36,234 orang, menurut data KKM.

Sebanyak tiga kematian direkodkan Melaka, sementara di Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor masing-masing satu kes.

Setakat ini seramai 1,305 pesakit Covid-19 dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 35 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 44 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 3 September, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen