Gangguan bekalan global punca ubat preskripsi naik harga, kata ahli farmasi


Raevathi Supramaniam

Ahli farmasi berkata harga ubat harga dijangka naik 5% atau lebih susulan masalah rantaian bekalan global. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 September, 2022.

RAKYAT Malaysia bakal berdepan kenaikan harga ubat-ubatan susulan masalah rantaian bekalan global yang mengakibatkan harga meningkat kata Amrahi Buang.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) itu berkata harga dijangka naik 5% atau lebih.

“Ini adalah sesuatu yang kita jangkakan kerana ringgit tidak kukuh. Kami juga masih perlu mengimport produk sama ada bahan aktif, eksipien atau pembungkusan,” katanya.

Rantaian bekalan ubat menjadi semakin membimbangkan susulan pandemik Covid-19 dan krisis Rusia-Ukraine.

Peperangan mewujudkan halangan dalam pasaran dan menganggu pergerakan komoditi di seluruh dunia.

Berhubung kekurangan ubat di kaunter Amrahi berkata keadaan tidak kritikal.

“Kekurangan akan berterusan tetapi ia di bawah kawalan, ia bukan masalah negara.

“Ia bergantung kepada ketidakcukupan bekalan, lokaliti dan di mana pesakit berada,” katanya.

Covid-19, influenza, penyakit seperti influenza dan ubat-ubatan penyakit kaki dan mulut (HFMD) paling kerap berdepan kekurangan, katanya.

“Ia adalah jenis ubat yang sama - antipiretik untuk demam, analgesik untuk kesakitan, batuk, antihistamin dan antibiotik dalam beberapa kes,” katanya.

Kekurangan itu dijangka berterusan sehingga akhir tahun, tambahnya.

Pada Julai Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata stok ubat persekutuan akan dihantar ke hospital dan klinik swasta memandangkan kekurangan bekalan semasa.

Beliau mengaitkan kekurangan itu disebabkan gabungan peningkatan kes selsema biasa dan penyakit seperti influenza selepas sekatan pandemik ditarik balik dan pengurangan import ubat dari China kerana penutupan Covid-19 sendiri.

Beliau berkata kekurangan ubatan itu kebanyakannya melibatkan antibiotik, ubat pediatrik, ubat batuk dan ubat keracunan makanan, demam dan selsema. – 3 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen