Kes murtad di Sarawak akan diputuskan esok


Desmond Davidson

Orang ramai penuh sesak di luar bilik Mahkamah Persekutuan di Kuching hari ini bagi mengikuti kes berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak terhadap kes murtad boleh dibaca bersama Ordinan Mahkamah Syariah dengan implikasi. – Gambar The Malaysian Insight, 26 Februari, 2018.

MAHKAMAH Persekutuan esok akan mengadili persoalan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa berhubung kes murtad sedangkan tiada peruntukan di bawah Ordinan Mahkamah Syariah 2001.

Para hakim memutuskan untuk menangguhkan prosiding hingga esok selepas mendengar permohonan perayu dan responden di Kuching hari ini.

Persoalan itu dibangkitkan oleh tiga orang mualaf dan seorang wanita kelahiran Islam yang mahu meninggalkan agama itu.

Mereka meminta jika bidang kuasa itu boleh dibaca bersama Ordinan Mahkamah Syariah dengan implikasi.

Empat individu berkenaan adalah Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen, seorang Melayu murtad dan memeluk agama Kristian; Tiong Choo Ting, keturunan Cina-Bidayuh dan beragama Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan seorang wanita Islam serta menukar nama kepada Mohd Syafiq Abdullah. Setelah kematian isterinya, dia kembali kepada agama asal.

Individu ketiga ialah Salina Jau, keturunan Kayan/Kenyah beragama Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.

Dia diberi nama Islam, Salina Jau Abdullah tetapi selepas bercerai, dia kembali mempraktikkan agama Kristian.

Keempat adalah Jenny Peter, seorang Melanau dan Kristian yang memeluk Islam untuk memudahkan perkahwinannya dengan seorang Islam.

Dia diberi nama Nur Muzdhalifah Abdullah.

Apabila perkahwinan berakhir dengan perceraian, dia kembali ke agama asal. – 26 Februari, 2018.

Artikel penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen