UKRAINE mendakwa tentera Russia melancarkan serangan ke atas bandar loji nuklear Zaporizhzhia ketika pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam perjalanan untuk memantau kemudahan itu.
“Tentera Russia membedil Energodar,” kata Evhen Yevtushenko, ketua pentadbiran tentera daerah Nikopol yang terletak di tebing utara Sungai Dnipro bertentangan bandar Energodar.
“Provokasi ini berbahaya.”
Satu daripada peluru mengenai bangunan di mana terletaknya majlis bandar Energodar,
Datuk Bandar Dmytro Orlov dalam catatan di Telegram berkata, satu peluru mengenai bangunan Majlis Bandaraya Energodar.
Dmytro turut menyiarkan gambar bangunan tinggi yang rosak berlubang dan serpihan berselerak di tanah.
Serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas pasukan yang diketuai (IAEA) berlepas dari Kiev untuk melawat loji kuasa ditawan Russia dan merupakan kemudahan nuklear terbesar di Eropah.
Terletak di barisan hadapan antara tentera Russia dan Ukraine, kawasan itu dibedil berulang kali dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan kedua-dua pihak saling menuduh bertanggungjawab.
Situasi itu mencetuskan kebimbangan global selepas ketua IAEA Rafael Grossi memeriksa kemudahan itu bersama 13 pasukannya.
Bercakap di Kiev awal Rabu sebelum menuju ke bandar Zaporizhzhia, Grossi berkata mereka merancang untuk menghabiskan “beberapa hari” di kilang itu dan akan melaporkan semula selepas itu.
Loji itu diduduki tentera Russia sejak Mac dan Ukraine menuduh Russia mengerahkan ratusan askar dan menyimpan peluru di sana. – AFP, 20 Ogos, 2022.
Komen