SEKURANG-KURANGNYA empat orang mengalami kecederaan serius dalam insiden letupan dan sebuah bangunan runtuh di Leicester, di London, tengah ibu kota England semalam.
“Kejadian besar berlaku. Semua perkhidmatan kecemasan kini bekerjasama,” kata polis menerusi Twitter.
Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri lokasi kejadian dan berkata jalan raya juga ditutup.
Pasukan Bomba dan Penyelamat berkata ia menerima panggilan selepas jam 7.00 malam waktu tempatan daripada orang awam yang melaporkan berlaku letupan dan bangunan terbakar.
Bomba kemudian menghantar enam pasukan ke lokasi kejadian.
“Kami dalam perjalanan ketika polis menghubungi memberitahu sebuah bangunan runtuh,” katanya.
Unit khas mencari dan menyelamat tambahan kemudian dihantar, termasuk anjing pengesan.
“Setakat ini punca kejadian masih belum diketahui,” katanya.
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital, kata perkhidmatan ambulans. – AFP, 26 Februari, 2018.
Komen