Gabungan baharu parti Sarawak hanya sia-sia, kata penganalisis


Desmond Davidson

Pensyarah Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata jika Pakatan Harapan yang lebih kuat masih berdepan kesukaran untuk mara, apa yang boleh diharapkan dengan sekumpulan parti kecil ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2022.

BEBERAPA penganalisis berpandangan kumpulan politik baharu Gagasan Rakyat Sarawak (GRS) tidak mampu menyerlah pada pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM) Jayum Jawan menyifatkan gabungan antara Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) sebagai “sia-sia”.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula berkata jika Pakatan Harapan yang lebih kuat masih berdepan kesukaran untuk mara, apa yang boleh diharapkan dengan sekumpulan parti kecil ini.

Jayum berkata “GRS tidak mempunyai apa-apa,” sambil menambah gabungan itu terdiri daripada “parti pembangkang yang kecil dan lemah”.

“Gabungan undi mereka dalam beberapa pilihan raya negeri lalu masih jauh di bawah GPS,” katanya merujuk kepada gabungan empat parti pemerintah negeri iaitu Gabungan Parti Sarawak.

Mengenai impian PBDSB untuk menghidupkan semula zaman kegemilangan pendahulunya PBDS, Jawan berkata ia umpama mengangkat kapal persiaran terkenal, Titanic.

“Tiada penumpang yang berminat untuk menaikinya,” katanya.

“PBDSB terdiri daripada tokoh-tokoh yang kurang dikenali dan tidak berjaya serta tidak menarik minat pengundi.”

Pada pilihan raya negeri Disember lalu, Aspirasi dan PBDSB mempunyai beberapa kerjasama longgar dalam kumpulan yang mereka namakan sebagai Gabungan Anak Sarawak.

Pada 18 Ogos, Sedar memilih untuk bekerjasama dengan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) yang dikenali sebagai Gagasan Rakyat Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Ogos, 2022.

Sedar yang sebahagian besarnya tidak dikenali bertanding dalam pilihan raya negeri sebagai parti tidak bersekutu.

Pada 18 Ogos, Sedar memilih untuk bekerjasama dengan dua parti lain dalam gabungan yang mereka harapkan untuk didaftarkan sebagai Gagasan Rakyat Sarawak – sedikit penukaran kepada Gabungan Anak Sarawak.

Pada pilihan raya negeri, ketiga-tiga parti itu bertembung sesama sendiri di dua kawasan – kerusi majoriti Bidayuh di Opar, Bau dan kerusi campuran Dudong di Sibu – dengan PBDSB dan Sedar tewas antara satu sama lain di Opar dan, PBDSB dengan Aspirasi memperoleh keputusan yang sama di Dudong.

PBDSB bertanding di 11 kerusi majoriti Dayak, Aspirasi 15 dan Sedar lima.

Sedar sebenarnya sudah menamakan 28 calon untuk bertanding tetapi 23 calon gagal untuk hadir pada hari penamaan.

“Mereka hilang begitu sahaja,” kata presiden Sedar Othman Abdillah pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama GRS minggu lalu. – 29 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen