Pakistan minta bantuan antarabangsa hadapi bencana banjir


Sukarelawan menyusun barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir berikutan hujan lebat, di Karachi, Pakistan, semalam. – Gambar EPA, 27 Ogos, 2022.

PAKISTAN memohon bantuan antarabangsa dalam menghadapi kesan  bencana banjir besar yang menyebabkan lebih 30 juta rakyatnya hilang tempat tinggal.

Negara itu menyaksikan kitaran hujan lebat sebanyak lapan kali sewaktu musim tengkujuh baru-baru ini, menurut Menteri Perubahan Iklim Sherry Rehman.

Pada kebiasaannya hujan monsun berlaku sekitar tiga hingga empat kali.

Pakistan memerlukan bantuan antarabangsa untuk menghadapi malapetaka itu, katanya dalam wawancara di televisyen.

Barangan keperluan seperti khemah, kelambu dan kain terpal diperlukan untuk penduduk yang terjejas banjir.

“Kami telah menghubungi penderma, negara yang mesra dan institusi kewangan antarabangsa untuk mendapatkan bantuan bagi menangani bencana banjir,” kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif. – Bernama, 27 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen