Korea Utara sedia bincang dengan AS


Dalam pertemuan dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, delegasi Korea Utara 'bersetuju yang perbincangan antara Korea dan hubungan Korea Utara-AS perlu ditambah baik bersama-sama', kata Blue House dalam satu kenyataan. – Gambar AFP, 25 Februari, 2018.

KOREA Utara “sangat bersedia” mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat, kata delegasinya pada majlis penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk hari ini, menurut Istana Presiden Seoul, Blue House.

Dalam pertemuan dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, delegasi Korea Utara “bersetuju yang perbincangan antara Korea dan hubungan Korea Utara-AS perlu ditambah baik bersama-sama”, kata Blue House dalam satu kenyataan.

Pyongyang berulang kali mengatakan kesediaan untuk berunding tanpa syarat, tetapi Washington mengatakan Korea Utara perlu mengambil tindakan bagi menghapuskan program nuklearnya terlebih dahulu. – AFP, 25 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen