KOREA Utara hari ini menyifatkan sekatan terbaru AS kepada negara itu sebagai “tindakan perang” selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan “sekatan paling berat” ke atas negara senjata nuklear itu.
Tindakan itu yang didakwa Washington bertujuan memaksa Pyongyang untuk menghentikan program nuklear dan senjatanya menyasarkan lebih daripada 50 syarikat perkapalan dan perniagaan berkaitan Korea Utara.
“Seperti mana yang kami berulang kali kata, kami akan menganggap sebarang sekatan ke atas kami sebagai tindakan perang dan kami tidak akan berhenti jika US berani mencabar kami dalam cara ‘kasar’,” kata Kementerian Luar Korea Utara dalam kenyataan disiarkan agensi berita negara itu KCNA. – AFP, 25 Februari, 2018.
Komen