KERAJAAN Syria meneruskan serangan udara di kubu kuat pemberontak di Timur Ghouta hari ini, kata badan pemantau walaupun Majlis Keselamatan PBB mendesak gencatan senjata dilaksanakan “tanpa ditangguhkan lagi”.
Serangan dilakukan pagi ini termasuklah dua serangan ke arah pinggir Douma, bandar utama Timur Ghouta menurut Syrian Observatory for Human Rights yang berpangkalan di Britian.
Serangan udara dilancarkan kerajaan menggegarkan kawasan berhampiran Damsyik sejak 18 Februari yang membunuh sekurang-kurangnya 519 orang menurut badan pemantau itu.
Majlis Keselamatan PBB semalam sebulat suara mendesak gencatan senjata 30 hari bagi membenarkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar. Gesaan itu tidak menyatakan bila ia sepatutnya gencatan dilaksanakan kecuali menyebut “tanpa ditangguhkan lagi”.
Roket dan tembakan juga mengenai sekurang-kurangnya tiga kawasan di Timur Ghouta termasuklah Douma, kata ketua badan itu Rami Abdel Rahman.
Masih tiada maklumat lanjut mengenai angka korban.
Abdel Rahman juga mengatakan terdapat pertempuran berlaku di selatan Timur Ghouta antara pihak berkuasa dan kumpulan pemberontak Jaish al-Islam. – AFP, 25 Februari, 2018.
Komen