Rahman Dahlan berdalih bertanding di Sepanggar walaupun beri RM500 juta


Jason Santos

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan menegaskan akan berunding dengan pemimpin akar umbi tempatan di Sepanggar jika dipilih bertanding bagi kawasan itu walaupun tidak mengakui secara jelas mengenai pemilihannya sebagai calon. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Februari, 2018.

LAWATAN perdana menteri, projek hospital dan perumahan bernilai RM500 juta di Sepanggar membuktikan kesungguhan Barisan Nasional (BN) terhadap kerusi persekutuan meskipun menteri Umno Abdul Rahman Dahlan dilihat berdalih untuk mengakui kemungkinan beliau sebagai ahli Parlimen seterusnya bagi kawasan itu.

Ahli Parlimen Sepanggar sekarang ialah Jumat Idris, yang digantung daripada Umno sejak 2015 kerana mengkritik Ketua Menteri Musa Aman dalam posting di Facebook.

Selepas mengumumkan beberapa peruntukan dan inisiatif untuk Sepanggar, cakap-cakap semakin merebak yang Rahman, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab di Unit Perancang Ekonomi, akan menggantikan Jumat pada pilihan raya akan datang.

Rahman, yang juga ahli Parlimen Kota Belud, berada di Sepanggar hari ini untuk mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membina sebuah dewan di Inanam.

Beliau juga mendedahkan yang Perdana Menteri Najib Razak akan melawat Sepanggar pada Jumaat untuk mengumumkan pembinaan sebuah hospital universiti, yang dikatakan bernilai RM500 juta.

“Saya terpaksa mengamalkan sikap pilih kasih untuk Sepanggar kerana saya tinggal di sini, kebanyakan keluarga saya di sini. (Tapi) Saya suka Kota Belud. Saya berkhidmat sebagai ahli Parlimen Kota Belud selama dua penggal dan masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan.

“Tetapi Sepanggar berpotensi besar untuk dibangunkan. Jana kuasa bebas negeri di sini. Pelabuhan negeri di Sepanggar.

“Inilah sebabnya mengapa saya memberikan sedikit keutamaan kepada Sepanggar. Saya mengumumkan semua peruntukan ini untuk Sepanggar. Saya melakukan tugas saya sebagai menteri yang bertanggungjawab di Unit Perancang Ekonomi dan sebagai seorang rakyat Sabah,” katanya.

Umno juga memegang kerusi DUN Karambunai di kawasan Parlimen. Inanam berada di bawah pembangkang, melalui Ahli Majlis Tertinggi PKR, Roland Chia.

Ketika didesak oleh wartawan, Rahman berkata jika beliau dipilih untuk bertanding di Sepanggar, beliau akan berunding dengan pemimpin akar umbi tempatan mengenai perkara itu.

“Saya sebelum ini mengumumkan peruntukan untuk daerah lain, seperti RM500 juta untuk pembangunan Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED) dan peruntukan bagi lapangan terbang Sandakan, tetapi itu tidak bermakna saya akan bertanding di Kota Kinabalu dan Sandakan,” katanya.

Rahman juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Sepanggar untuk memantau perkembangan masa depan daerah itu.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan terdiri daripada profesor, pemimpin masyarakat tempatan tempatan, peniaga kecil dan ketua agama tempatan. – 25 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Lari dari kota belud ke?takut kalah?

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • elehh.. kalau sekalipun dia yang bertanding kat sepanggar tu.. apa salahnya? setiap kawasan mesti hantar orang yang confirm boleh menang.. yang confirm boleh bagi yang terbaik buat rakyat.. bukan sekadar tangkap muat je..

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan