Pengasas Gila-Gila Mishar meninggal dunia


Pengasas majalah Gila-Gila Mior Shariman, lebih popular dengan nama pena Mishar meninggal dunia pada kira-kira jam 7 malam semalam menurut makluman di pelantar media sosial penerbitan tersebut. – Gambar Facebook, 22 Ogos, 2022.

PENGASAS terawal majalah humor popular Gila-Gila Mior Shariman Meor Hassan meninggal dunia pada malam tadi.

Allahyarham Mior Shariman yang popular dengan nama pena Mishar meninggal dunia pada kira-kira jam 7 malam, menurut makluman di pelantar media sosial penerbitan tersebut.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama hambaNya yang soleh. Al-Fatihah. Tanpa beliau tiadalah Gila-Gila,” kenyataan itu dipetik.

Selain mengasaskan Gila-Gila, Mior Shariman, 74, juga pernah berkhidmat sebagai artis ilustrasi di Dewan Bahasa dan Pustaka serta Utusan Melayu.

Antara karya popularnya novel humor Falsafah Bodoh-Bodoh, Anak Bapak dan SS: Mat Jiwa-Jiwa Yang Sedang Mabuk Kepayang dan juga novel Perhentian, Ilusi dan Cincin Permata Biru. – 22 Ogos, 2022.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen