Filipina buru 12 banduan lari dari penjara


POLIS Filipina pada Ahad berkata ia sedang memburu 12 banduan yang melarikan diri dari penjara di sebuah pulau selatan yang merupakan kubu kuat militan Islam.

Ia  adalah antara 29 tahanan yang melarikan diri dari penjara dalam sebuah balai polis di Jolo yang dilanda perang pada Sabtu yang kebanyakannya ditahan atas tuduhan dadah. Baki 17 lagi berjaya ditangkap semula pada hari yang sama, kata polis.

Jolo adalah pangkalan bagi kumpulan penculik Abu Sayyaf dan pihak berkuasa mengatakan mereka sedang menyiasat sama ada atau tidak penghuni yang melarikan diri mempunyai hubungan dengan militan.

“Seorang pengawal berehat, pergi ke tandas dan ketika itu tahanan menemui jalan cara untuk melarikan diri. Mereka mengambil kunci sel penjara dan melarikan diri,” kata jurucakap polis daerah, Jemar delos Santos memberitahu AFP,

“Kami meningkatkan tahap keselamatan sekitar pulau itu dan mengawal pelabuhan agar mereka tidak dapat meninggalkan Jolo.”

Penjara itu mempunyai kapasiti sekitar 50 penghuni dan terletak berhampiran pelabuhan, tambah Delos Santos.

Polis menggantikan semua pengawal penjara ketika melakukan siasatan mengenai kejadian itu.

Kejadian banduan berjaya meloloskan diri dari penjara sering berlaku di Filipina, yang biasanya penuh sesak, kurang terjaga dan tidak dikawal dengan sempurna.

Di dalam kejadian melarikan diri terbesar di negara itu, lebih 150 penghuni berjaya meloloskan diri dari penjara di selatan Filipina pada Januari tahun lalu selepas kira-kira 100 orang bersenjata melakukan serangangan.

Pada Julai 2017, tiga banduan terbunuh dan seorang lagi cedera ketika 14 tahanan melarikan diri  dari penjara di Jolo. – AFP, 25 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen