Pastikan rakyat dapat maklumat tepat, kata PM


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata berkata program seperti Jom Masuk Kampung antara platform sangat baik untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Ogos, 2022.

DASAR kerajaan dan kejayaan pelaksanaannya perlu diperjelas kepada rakyat supaya tidak keliru dengan fitnah dan kempen anti kerajaan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penjelasan mengenai kedua-dua perkara itu juga, seharusnya dipertingkatkan supaya rakyat mendapat maklumat tepat.

Katanya program seperti Jom Masuk Kampung antara platform sangat baik untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat, selain mampu merapatkan silaturahim penduduk selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

“... banyak dasar diumumkan kerajaan dan kejayaan yang dicapai kerajaan, tetapi apabila ia tidak dijelaskan kepada rakyat, rakyat keliru terutamanya apabila ada kempen anti kerajaan atau pelbagai fitnah (terhadap kerajaan).

“Ini boleh menyebabkan rakyat keliru dan mereka (rakyat) tidak boleh dipersalahkan apabila keliru kerana informasi tidak sampai kepada mereka,” katanya semasa berucap merasmikan Program Jom Masuk Kampung dan Hari Potensi Kemas Daerah Bera 2022 di Felda Triang 3 di Bera, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Ramlan Harun, Ketua Pengarah Kemas Mohamad Yasid Bidin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Norolazali Sulaiman.

Program tiga bermula pada 18 Ogos lepas, antara lain melibatkan penganjuran pelbagai aktiviti melibatkan penyertaan agensi kerajaan dan masyarakat setempat, seperti hebahan program kerajaan, gotong-royong, ceramah agama, pertandingan sukan dan ziarah kasih. – Bernama, 20 Ogos, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen