Malaysia ucap takziah kepada Mesir insiden kebakaran gereja


Waris mangsa yang terkorban dalam kebakaran gereja di Mesir meratapi pemergian insan tersayang ketika upacara pengebumian. – Gambar EPA, 17 Ogos, 2022.

MALAYSIA merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Mesir, khususnya kepada keluarga mangsa kebakaran Gereja Abou Seifain di Giza pada 14 Ogos lalu.

“Pada masa yang sangat sukar ini, doa kami bersama mangsa dan keluarga mereka,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dan 14 lagi cedera dalam kebakaran pada Ahad yang dilaporkan berpunca daripada litar pintas. – Bernama, 17 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen