Mahkamah tolak permohonan Najib kemuka bukti baharu


Noel Achariam

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata Mahkamah Persekutuan telah menolak usul permohonan pasukan pembelaan Najib Razak untuk kemuka bukti baharu dalam rayuannya berhubung kes rasuah SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Ogos, 2022.

MAHKAMAH Persekutuan telah menolak permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata pihak pembelaan gagal menunjukkan kaitan bukti baharu terhadap pertuduhan bekas perdana menteri itu.

“Semua usul ditolak,” katanya di Putrajaya.

“Seolah-olah peranan hakim (Mohd) Nazlan (Mohd Ghazali) sebelum ini satu rahsia yang penglibatannya itu mengejutkan.

“Kami juga dapati tiada pertalian kerja hakim Nazlan sebelum ini di bank dan pertuduhan terhadap pemohon yang mencadangkan konflik kepentingan,” katanya ketika menyampaikan penghakiman panel hakim lima anggota.

Panel lima hakim diketuai Tengku Maimun terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Nallini Pathmanathan, Hakim Mary Lim dan Hakim Zabidin Mohd Diah.

Bukti tambahan cuba dikemukakan Najib berkaitan penemuan baru-baru yang hakim Mohd Nazlan pada 2006 adalah peguam dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank, yang mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk pengurusan dan pentadbiran semua jabatan undang-undang dalam keseluruhan kumpulan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan cuci duit, selain penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes salah guna jawatan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana hakim mengarahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Najib, 69, diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan M. Rueben, manakala pendakwaan diketuai oleh pendakwa raya V. Sithambaram, yang dibantu oleh timbalan pendakwa raya Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Manjira Vasudevan. – 16 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen