Islam bukan sekadar slogan wahai Ustaz Tuan Ibrahim


BOLEH dikatakan banyak negara yang menggunakan slogan Islam adalah negara yang mempunyai kadar indeks rasuah yang agak teruk. 

Ini berbeza dengan negara yang tidak menggunakan slogan Islam, malah kadang-kala pemerintah mereka tidak beragama Islam pun. 

Mungkin kita mahu mengatakan negara mereka itu baik, tetapi sebagai orang Islam, sewajarnya kita lebih baik dari mereka. 

Justeru, Timbalan Presiden PAS perlu sedar, Islam datang untuk diamalkan bukan sekadar slogan sahaja. 

Malahan dalam feqah Islam, slogan bukan penentu kehendak Islam. 

Rata-rata rakyat Malaysia meragui kemampuan PAS dalam slogan Islam yang mereka sering laungkan. 

Sewajarnya Timbalan Presiden PAS mendesak pengamalan Islam berlaku dalam pentadbiran di Kelantan bukan semata-mata slogan sahaja. 

Pelaksanaan Islam berbentuk mendasar perlu menjadi asas, seperti pemerintahan yang berkredibiliti dari sudut pengurusan kewangan negeri, menjaga kebajikan rakyat, mengutamakan perkara yang utama, memikirkan peluang pekerjaan rakyat dan sebagainya. Wallahu A’lam. – 24 Februari, 2018.

* Wan Ji Wan Hussin ialah pegawai penerangan kerajaan negeri Pulau Pinang.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen