Warga emas hilang 5 hari di kebun sawit ditemukan selamat


SEORANG wanita warga emas yang dilaporkan hilang di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, dekat Batu Pahat, Johor pada Rabu lalu, ditemui selamat pada jam 11.25 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah berkata Painah Siwan, 79, ditemui dua orang awam yang turut serta dalam operasi mencari disertai 102 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta 20 orang kampung.

Beliau berkata wanita itu ditemui dalam keadaan lemah berhampiran lopak air dengan jarak 900 meter daripada pos kawalan operasi menyelamat dan 1.4km dari arah hadapan rumahnya.

“Warga emas itu dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan lanjut dan dia kini berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Rabu, warga emas itu dilaporkan pergi ke kebun kelapa sawit berkenaan untuk mencari lidi dan disedari hilang oleh anggota keluarganya apabila tidak pulang ke rumah sekitar jam 3.30 petang. – Bernama, 15 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen