BN, hentikan sandiwara politik pertahan wanita


HARI ini, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan di Konvensyen Wanita Barisan Nasional (BN) untuk memasukkan isu anak kelahiran ibu warganegara Malaysia ke dalam manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini pastinya sandiwara Kerajaan Barisan Nasional kerana isu anak kelahiran ibu warganegara bukan isu baru. Mereka sudah memegang tampuk kepimpinan lebih enam dekad.

Ahmad Zahid sendiri merupakan menteri dalam negeri dari 2013 hingga 2018 tapi adakah beliau peduli selama ini?

Kalau betul peduli, kerajaan BN boleh bentang di sidang Parlimen seterusnya dan luluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Sebab itu, semua ini hanyalah helah politik BN mahu membeli undi sebelum PRU15.

Sudah-sudahlah bersandiwara konon mempertahan hak wanita di negara ini.

Umno dan BN , anda diberikan masa yang lama untuk mendengar dan mengangkat suara wanita tetapi gagal.

Sebaliknya, wanita di Malaysia sering berhadapan dengan diskriminasi dan ditindas sepanjang BN menjadi kerajaan.

Wanita harus menjadi penentu mengagalkan hasrat Barisan Nasional untuk terus menjadi kerajaan selepas PRU15. Tolak Barisan Nasional! 

Jangan biar cerita dongeng Barisan Nasional terus didendang untuk mengaburi mata wanita di negara ini!

Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia! – 14 Ogos, 2022.

* Ainie Haziqah, ahli jawatankuasa Pusat Muda Biro Keluarga dan Gender.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen