LEBIH 50% daripada RM6 bilion yang disalur kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd telah dibelanjakan untuk peralatan bagi melengkapkan lima daripada enam kapal tempur pesisir (LCS) kata Ketua Pegawai Eksekutidnya Azhar Jumaat.
Dalam lawatan media yang jarang berlaku di limbungan kapal di Lumut, Perak itu pihak media ditunjukkan di mana semua peralatan itu disimpan dan dibawa untuk melihat sendiri perkembangan LCS1 yang masih dalam pembinaan.
“Perkara utama yang ingin kita gambarkan ialah RM6 bilion itu tidak hilang atau semua dibelanjakan.
“Peralatan bernilai RM1.7 bilion disimpan dalam gudang menanti untuk dipasang pada kapal manakala peralatan lagi RM1.8 bilion dah dipasang pada lima kapal yang masih dalam proses untuk disiapkan,” katanya.
Ketika ditanya baki RM2.5 bilion, Azhar berkata ada kos lain yang perlu dipertimbangkan.
“Anda perlu faham, kita perlu bayar kos overhed, pengurusan projek, insurans, elektrik dan kerja pembinaan.
“Saya tidak akan dapat beri butiran terperinci tetapi ia adalah pengagihan kos yang adil,” katanya.
Menurut Azhar 30% daripada peralatan bernilai RM1.7 bilion yang tersimpan dalam gudang itu perlu disimpan dalam ruangan yang ada penyaman udara sekaligus menjadi kos tambahan kepada projek itu.
Katanya lagi bahan mentah seperti keluli untuk membina kapal juga mahal.
“Kos keluli saja telan belanja yang besar. Bayangkan berapa tan keluli diperlukan untuk bina kapal dan gred keluli kapal tentera ini harganya berbeza,” katanya. – 13 Ogos, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen