Bunuh polis, 7 suspek ditembak mati


Serangan terhadap anggota polis sudah menjadi lumrah di Afrika Selatan, namun pembunuhan lima pegawai polis itu telah menimbulkan amarah diperingkat nasional. – Gambar AFP, 24 Februari, 2018.

TUJUH suspek yang didakwa membunuh lima anggota polis Afrika Selatan telah ditembak mati oleh pegawai polis pada Jumaat dalam kejadian tembak menembak di gereja, lapor penyiasat.

Kejadian tembak menembak itu berlaku apabila polis memburu kumpulan bersenjata itu yang didakwa menyerbu balai polis di wilayah Eastern Cape sebelum membunuh lima pegawai polis dan seorang pesara tentera pada Rabu lalu.

“Kumpulan itu yang menjadikan gereja sebagai tempat berlindung telah dikepung di gereja itu,” kata unit penyiasat polis Hawks dalam satu kenyataan.

“Pertempuran senjata antara suspek dan polis berlaku yang mana menyebabkan tujuh suspek mati dan seorang anggota keselamatan cedera dibahagian kaki.”

Tambah kenyataan itu, 10 lagi suspek telah ditahan smentara beberapa suspek lain melarikan diri dari tempat kejadian berdekatan Ngcobo, pekan di mana lima polis itu dibunuh.

Media tempatan berkata pertempuran senjata itu berlaku di luar perkarangan gereja Mancoba Seven Angel’s Ministries di kampung Nyanga.

Kumpulan itu juga dikatakan mencuri senjata daripada balai polis berkenaan.

Serangan terhadap anggota polis sudah menjadi lumrah di Afrika Selatan, namun pembunuhan lima pegawai polis itu telah menimbulkan amarah diperingkat nasional.

“Dahulu, rakyat akan terima seadanya, tetapi kali ini mereka tidak lagi,” kata Preisden Cyril Ramaphosa yang baru mengambil alih jawatan minggu lalu.

“Kami mahukan jawapan dan kami mahukan penangkapan. Bila ada bencana sebegini ia patut diselesaikan dengan cepat.”

Menurut statistik jenayah terbaharu, aAntara April 2016 dan Mac 2017, dianggarkan seramai 57 pegawai polis Afrika Selatan dibunuh. – AFP, 24 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen