GUSTAVO Petro pada Ahad mengangkat sumpah jawatan presiden Colombia semalam, menjadikan beliau presiden pertama berhaluan kiri dalam sejarah negara itu.
Majlis angkat sumpah disaksikan ratusan ribu penyokongnya di Bogota.
Petro, 64, merupakan bekas pejuang gerila M-19.
Beliau yang juga bekas datuk bandar ibu kota Bogota menang dalam pilihan raya pada Jun lalu, mengalahkan pesaingnya Rodolfo Hernandez dengan majoriti lebih 700, 000 undi.
Sementera itu, aktivis alam sekitar dan hak asasi wanita Francia Marquez, 40, juga mencipta sejarah dipilih sebagai naib presiden wanita kulit hitam pertama Colombia.
Petro dan Marquez akan berganding bahu membawa Colombia keluar daripada kemelut ekonomi dan keganasan di negara itu.
Hampir 40% daripada 50 juta penduduk Colombia hidup dalam kemiskinan, manakala 11.7% menganggur.
Inflasi negara itu pada Julai berada pada kadar 10.2 %. – AFP, 8 Ogos, 2022.
Komen