Biden kutuk pembunuhan 4 lelaki Islam di New Mexico


Amerika menolak jenayah kebencian, kata Presdien AS Joe Biden. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2022.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu mengutuk pembunuhan empat lelaki Islam di New Mexico yang disyaki saling berkaitan.

“Saya marah dan kecewa dengan pembunuhan empat Muslim ini di Albuquerque.

“Sementara siasatan dijalankan, saya mendoakan keluarga mangsa, dan kerajaan saya berdiri teguh bersama masyarakat Islam. Amerika menolak jenayah kebencian,” tulisnya di Twitter. 

Polis Albuquerque pada Sabtu berkata pihak berkuasa sedang menyiasat kematian tiga lelaki Islam yang disyaki ada kaitan dengan satu kes pembunuhan tahun lepas.

Dalam satu kenyataan, polis berkata mangsa terbaharu ditemui mati ditembak pada Jumaat. 

Stesen televisyen KOB4 melaporkan mayat ditemui dekat bangunan pejabat Lutheran Family Services, pusat khidmat yang memberi bantuan kepada pelarian.

Kenyataan polis hanya menyebut mangsa adalah lelaki Islam berusia 20-an dan berasal dari Asia Selatan.

“Penyiasat percaya kematian lelaki pada Jumaat mungkin ada kaitan dengan tiga kes pembunuhan lelaki Islam sebelum ini, yang juga dari Asia Selatan,” kata polis.

Dua mayat lelaki Pakistan ditemui mati ditembak pada 26 Julai dan 1 Ogos lalu, masing-masing berusia 27 dan 41 tahun.

Polis kini menyiasat sama ada ini pembunuhan tiga lelaki ini berkait dengan seorang lelaki Islam dari Afghanistan yang mati dibunuh pada 7 November tahun lepas, juga di Albuquerque.

Susulan itu, polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tampil bagi membantu siasatan.

Gabenor New Mexico Michelle Lujan Grisham menyifatkan kessebagai pembunuhan yang disasarkan.

Sementara NGO Islam terbesar di AS, Council on American-Islamic Relations (CAIR) pada Sabtu menawarkan ganjaran AS$10,000 kepada sesiapa sahaja dapat memberi maklumat sehingga pembunuh ditangkap.

“Tragedi ini tidak hanya memberi kesan kepada masyarakat Islam tetapi seluruh rakyat Amerika.

“Kita harus bersatu menentang kebencian dan keganasan tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau latar belakang mangsa atau pelaku,” lata P pengerusinya Nihad Awad dalam kenyataan. – AFP, 8 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen