4,684 kes baharu Covid-19, 11 kematian


Raevathi Supramaniam

4,684 kes baharu dilaporkan semalam dengan 11 kematian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Ogos, 2022.

MALAYSIA melaporkan lonjakan kes baharu Covid-19, dengan 4,684 kes baharu dilaporkan semalam berbanding 3,927 kes kelmarin.

Laman web CovidNow turut melaporkan 11 kematian baharu, 1 adalah kes kematian dibawa ke hospital.

Dengan jumlah terbaru itu, kes aktif kini adalah 46,904 kes dengan 36,020 menjadi korban wabak.

Selangor melaporkan kes baharu tertinggi dengan 2,164 kes, diikuti Kuala Lumpur (887) dan Perak (289).

Sabah melaporkan 267 kes, Negeri Sembilan (204), Pulau Pinang (197), Melaka (141), Johor (123), Kedah (87), Sarawak (84), Pahang (81), Putrajaya (62) Kelantan (51), Terengganu (24), Perlis (12) dan Labuan (10).

Pangkalan data GitHub pula menunjukkan Johor dan Selangor masing-masing melaporkan lima kematian dan satu kematian direkodkan di Pulau Pinang.

Setakat semalam, 1,556 orang sedang dirawat di hospital dengan 21 menjalani rawatan di unit rawatan rapi dengan 35 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 7 Ogos, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen