Nancy Pelosi berlepas dari Jepun, tamatkan siri lawatan ke Asia


Lawatannya Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi ke Taiwan telah mencetuskan kemarahan China yang serta-merta melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di perairan berhampiran pulau itu. – Gambar EPA, 5 Ogos, 2022.

SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi meninggalkan Jepun, sekali gus melengkapkan siri lawatannya ke negara-negara Asia, lapor Sputnik, memetik akhbar Nikkei pada Sabtu.

Pesawat yang membawa delegasinya berlepas dari Tokyo selepas pertemuan Pelosi dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Speaker Dewan Rakyat Hiroyuki Hosoda.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak menekankan pentingnya untuk meningkatkan pakatan AS-Jepun serta kerjasama yang bertujuan membina wilayah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

Sebelum tiba di Jepun, Pelosi melawat Singapura, Malaysia, Taiwan dan Korea Selatan. Lawatannya ke Taiwan mencetuskan kemarahan China yang melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di perairan berhampiran pulau itu. – Bernama, 5 Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen