Anwar gesa Putrajaya hentikan projek LCS


Ravin Palanisamy

Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menggunakan baki dana projek LCS untuk menangani kenaikan kos sara hidup atau kebajikan veteran tentera. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2022.

KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa Putrajaya menghentikan baki projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) tentera laut, yang disifatkannya sebagai “skandal terbesar” sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Selepas membayar RM6 bilion daripada jumlah kos projek bernilai RM9.128 bilion dan tanpa sebarang tanda akan siap, Anwar mendesak kerajaan menghentikan baki projek dan menjimatkan lebihan RM3 bilion.

Beliau menggesa kerajaan menggunakan dana itu untuk menangani kenaikan kos sara hidup atau kebajikan veteran tentera.

“Kontrak itu berjumlah RM9.1286 bilion dengan RM6 bilion atau 66.64% daripada jumlah kos projek sudah dibayar.

“Namun, tiada tanda-tanda projek LCS akan siap.

“Jadi, apa yang patut kita buat? Saya cadangkan projek semasa secara berfasa dipantau manakala baki fasa dihentikan.

“Baki dana perlu diambil untuk kegunaan rakyat, biarlah ia digunakan untuk menangani kenaikan kos sara hidup, atau kebajikan veteran tentera,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pada 2011, kerajaan menganugerahkan kontrak RM9 bilion untuk membina enam unit LCS kepada syarikat bersekutu Boustead Heavy Industries Corporation Bhd Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. – 4 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen