Tidak perlu darurat iklim pada masa ini, kata menteri


Ravin Palanisamy

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Putrajaya tidak akan isytihar darurat iklim atau di negara ini pada masa terdekat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2022.

PUTRAJAYA tidak akan mengisytiharkan darurat iklim atau di negara ini pada masa terdekat, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Berdasarkan kepada program dan inisiatif yang dilakukan di negara ini, kerajaan berpandangan buat masa ini tidak ada keperluan untuk kita mengisytiharkan darurat iklim.

“Namun, kerajaan sentiasa memantau segala program atau aktiviti berkaitan mitigasi untuk memastikan tiada peningkatan suhu yang ketara,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menjawab soalan Azrina Surip (Merbok-PKR) yang meminta menteri menyatakan pendirian Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam mengisytiharkan darurat iklim di negara ini dalam mengehadkan pemanasan global.

Tuan Ibrahim berkata sudah memberi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) merentas ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030 berbanding tahapnya pada 2005.

Pengurangan intensiti ini katanya dibuat tanpa syarat dan 10% lebih tinggi daripada sasaran sebelum ini. 

Selain itu, Malaysia juga sudah menyatakan aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal-awalnya pada 2050. – 4 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen