Letupan bom di Pattani, 2 anggota sukarelawan pertahanan Thailand parah


Insiden berlaku ketika rundingan damai selatan Thailand sedang berlangsung di Kuala Lumpur selama dua hari bermula semalam. – Gambar fail AFP, 3 Ogos, 2022.

DUA anggota sukarelawan pertahanan Thailand cedera parah dalam satu insiden letupan bom di Mai Kaen, Pattani semalam.

Ketua Polis Bahagian Kesembilan Mejar Jeneral Nantadech Yoinual berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi hari ini ketika enam anggota sukarelawan itu menaiki tiga motosikal sedang melakukan rondaan di perkarangan Sekolah Ban Krachut.

“Sebutir bom buatan sendiri seberat empat kilogram yang dipasang pada tong gas dan diletakkan di tepi jalan meletup sebaik ia diaktifkan menggunakan walkie-talkie.

“Letupan itu menyebabkan dua anggota sukarelawan pertahanan parah. Mangsa dibawa ke Hospita Mai Kaen sebelum dihantar ke Hospital Pattani untuk menerima rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita Pattani semalam.

Insiden berlaku ketika rundingan damai selatan Thailand antara Ketua Panel Dialog Keamanan Wilayah Sempadan Selatan Thailand, Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) sedang berlangsung di Kuala Lumpur selama dua hari bermula semalam. – Bernama, 3 Ogos, 2022.              



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen