POLIS selesai merakamkan keterangan bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali hari ini berhubung laporan seorang ahli Parlimen terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Setiausaha Polis Malaysia Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengambil rakaman percakapan Mohamed Apandi bermula jam 2.30 petang hingga 3.45 petang tadi.
Pada Jumaat, media melaporkan polis menerima laporan dibuat ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang tidak berpuas hati terhadap siasatan 1MDB oleh Mohamed Apandi ketika beliau menjadi peguam negara dan mendakwa Mohamed Apandi menyalahgunakan kuasa dalam kes itu. – Bernama, 1 Ogos, 2022.
Komen