Tengku Zafrul dilantik jadi bendahari Umno Selangor


Mohd Farhan Darwis

Pelantikan beliau diumumkan Noh Omar pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Setia Alam malam ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 31 Julai, 2022.

UMNO Selangor mengumumkan pelantikan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz sebagai bendahari baharu pergerakan itu manakala penyandangnya Jamal Yunos dilantik ke jawatan ketua komunikasi.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Noh Omar pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Setia Alam malam ini.

“Saya ingat mahu membuat rombakan sedikit kepada Umno Selangor. Dengan ini saya melantik Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz sebagai bendahari,” kata Noh.

Beliau juga mengumumkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos sebagai ketua komunikasi BN Selangor.

Jamal sewaktu menyandang jawatan bendahari pada 18 Julai lalu sudahpun menyatakan kesediaan melepaskan jawatan tersebut bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan Selangor mempunyai pemimpin dalam kalangan individu intelek, profesional dan berwibawa untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jamal menjawat jawatan itu sejak 2019.

Tengku Zafrul yang turut hadir malam ini merupakan ahli Umno bahagian Lembah Pantai dan dikatakan sedang mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Malah beliau juga dilihat sering turun ke kawasan Parlimen tersebut sejak beberapa bulan lalu sebagai persediaan bertanding PRU15.

Ketua Bahagian Umno Selangor Jahaya Ibrahim bagaimanapun pada waktu itu menolak sebarang usaha meletak Tengok Zafrul bertanding di kerusi Parlimen itu.

Majlis penutup malam ini turut dihadiri Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Mohamad Hasan, Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung Ahmad Maslan. β€“ 31 Julai, 2022.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen