Bukit Aman panggil Apandi Ali esok


Setiausaha PDRM Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya akan merekod keterangan bekas peguam negara itu pada jam 2.30 petang esok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2022.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas peguam negara Apandi Ali bagi memberi keterangan berhubung kes tidak puas hati seorang ahli Parlimen terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha PDRM Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya akan merekod keterangan bekas peguam negara itu pada jam 2.30 petang esok (1 Ogos).

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat, media melaporkan PDRM menerima laporan polis dibuat ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang tidak berpuas hati terhadap siasatan 1MDB oleh Apandi ketika beliau menjadi peguam negara dan mendakwa Apandi menyalahgunakan kuasa dalam kes itu. – Bernama, 31 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen