Gempa berukuran 5.6 landa Aceh, Indonesia


Kejadian berlaku jam 10.03 pagi tadi waktu Indonesia Barat. – Gambar Twitter, 31 Julai, 2022.

GEMPA bumi berukuran 5.6 pada skala Ritcher menggegarkan wilayah Aceh di Pulau Sumatera jam 10.03 pagi, waktu Indonesia Barat pada Ahad.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memaklumkan pusat gempa berada 44 kilometer (km) pada aras laut barat daya Calang-Aceh Jaya pada kedalaman 56 km.

Dalam satu kenyataan, BMKG menyatakan tiada risiko tsunami.

Gegaran turut dirasai di Aceh Besar, Banda Aceh, Aceh Jaya, Nagan Raya, Bener Meriah dan Pidie Jaya. – Bernama, 31 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen