Asrama lelaki SMKA di Pedas terbakar


Jabatan Bomba dan Penyelamat masih menyiasat punca kebakaran di SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail di Negeri Sembilan itu. – Gambar Facebook, 31 Julai, 2022.

ASRAMA pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas dekat Rembau terbakar 80 peratus tengah hari tadi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd Izwan Md Said berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.18 tengah hari dan tiba di lokasi tiga minit kemudian. 

“Kebakaran melibatkan bangunan asrama lelaki di tingkat tiga yang mempunyai kira-kira 10 bilik dan berkeluasan 40x200 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata operasi pemadaman yang turut dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota serta Senawang itu tamat sepenuhnya pada 3.51 petang dan punca kejadian sedang disiasat. – Bernama, 31 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen