Lavrov, Blinken bincang isu Ukraine


Melalui perbincangan melalui telefon, Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov (kanan) turut memaklumkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken (kiri) tentang prinsip Moscow operasi kententeraan khasnya yang sedang dijalankan di Ukraine. – Gambar EPA, 30 Julai, 2022.

MENTERI Luar Rusia Sergei Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken membincangkan situasi di Ukraine menerusi telefon pada Jumaat, lapor Xinhua.

Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan memaklumkan dalam perbincangan itu Lavrov turut menggariskan mengenai pendekatan berprinsip Rusia berdasarkan operasi ketenteraan khas yang sedang dijalankan.

Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan mengenai keselamatan makanan global dan isu hubungan dua hala. – Bernama, 30 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen