Bekas pengerusi kempen Trump didakwa kerana tipu cukai dan bank


Paul Manafort (gambar ) dan Richard Gates sebelum ini sudah didakwa kerana menggubah wang haram. Mereka kini didakwa dengan 32 pertuduhan berasingan berkaitan penipuan bank dan cukai. – Gambar EPA, 23 Februari, 2018.

BEKAS pengerusi kempen Donald Trump, Paul Manafort dan bekas rakan sekutunya Richard Gates pada Khamis dikenakan dakwaan terbaru berkaitan dengan penipuan cukai dan bank, ketika pendakwaraya khas campur tangan Rusia Robert Mueller meningkatkan tekanan ke atas bekas pembantu presiden itu.

Mereka yang sudahpun didakwa kerana penggubahan wang haram dan pengelakan cukai didakwa sekali lagi dalam 32 pertuduhan berasingan kerana menipu Perkhidmatan Pendapatan Dalam AS dan menipu bank AS bagi mendapatkan pinjaman berjumlah AS$20 juta.

Sama seperti dakwaan dikenakan Mueller pada 30 Oktober lepas, dakwaan terbaru itu tiada kaitan dengan kempen pilihan raya presiden 201 Donald Trump.

Sebaliknya, ia berpunca daripada kerja dilakukan Manafort dan Gates kepada bekas presiden Ukraine yang menerima sokongan Rusia, Viktor Yanukovych antara 2006 sehingga 2014.

Pasukan Mueller mendakwa yang kedua-dua mereka mencuci wang haram berjumlah AS$75 juta menerusi akaun pesisir pantai, kebanyakkannya di Cyprus, membawa sebahagian besar jumlah itu ke dalam AS sebagai pinjaman dan pembelian bagi mengelakan dikenakan cukai.

Manafort, seorang perunding politik antarabangsa berkhidmat sebagai pengerusi kempen Trump pada Jun hingga Ogos 2016, Gates adalah timbalannya.

Fokus utama Mueller adalah sama ada kempen Trump menggunakan campur tangan Rusa dan sama ada Trump cuba menghalang siasatan ke atasnya.

Tetapi mandat Mueller, bekas pengarah FBI adalah luas dan beliau menggunakannya untuk mendakwa Mueller dan Gates kerana kesalahan sebelum itu, tindakan yang dianggap penganalisis sebagai cubaan Mueller menjadikan mereka saksi menentang Trump.

Pada 3 Januari, Manafort menyaman Mueller kerana melampaui mandatnya, menyifatkan siasatan campur tangan Rusia melangkaui bidang kuasa asal pendakwaraya khas. – AFP, 23 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen