MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 dan kos RM50,000 kepada Teresa Kok selepas ahli Parlimen DAP Seputeh itu menang saman fitnah.
Mahkamah memutuskan jumlah itu pagi ini selepas Jamal gagal membuktikan pembelaannya.
Kok memfailkan saman itu pada 6 April 2017, mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas di bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas.
Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika.
Menurut laporan berita, Jamal tidak hadir di mahkamah hari ini ketika Hakim Mohd Arief Emran Arifin membacakan keputusannya. – 26 Julai, 2022.
Komen