TIGA roket Katyusha melanda sebuah kompleks gas di wilayah autonomi Kurdistan Iraq pada Sabtu, kata pegawai tempatan, dalam serangan terbaru menyasarkan kemudahan milik Emriah Arab Bersatu (UAE) itu.
“Masih belum jelas sama ada terdapat sebarang kerosakan” dalam serangan ke atas kompleks Khor Mor, kata Ramak Ramadan, ketua daerah Chamchamal.
Pada Jun, tapak yang dimiliki oleh syarikat tenaga UAE Dana Gas tiga kali menjadi sasaran oleh roket namun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan.
Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Lapangan gas itu terletak di antara bandar Kirkuk dan Sulaimaniyah, di wilayah yang ditadbir oleh pihak berkuasa Kurdish.
Roket turut melanda kilang penapisan Kawergost di Kurdistan pada April dan Mei.
Serangan itu berlaku di tengah-tengah pertikaian minyak yang membara antara Kurdistan dan kerajaan persekutuan di Baghdad. – AFP, 26 Julai, 2022.
Komen