5 perisik Afghanistan maut diserang kumpulan bersenjata


Lima pegawai perisik Afghanistan maut diserang sekumpulan lelaki bersenjata semasa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Parwan sebelum diserang di daerah Bagram. – Gambar fail EPA, 22 Februari, 2018.

LIMA pegawai agensi perisikan nasional terbunuh pada Khamis selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di timur wilayah Parwan, lapor agensi berita China Xinhua memetik akhbar tempatan.

Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Parwan sebelum diserang di daerah Bagram, lapor Pajhwok Afghan News.

Mereka bertugas di wilayah Kapisa yang berjiran dengan Parwan.

Seorang daripada mangsa, Gulab Din, merupakan pegawai perisik kanan wilayah di Kapisa.

Penyerang melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Menurut laporan akhbar tersebut, kumpulan militan Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Daerah Bagram menempatkan Bagram Airfield, pangkalan tentera utama Amerika Syarikat dan Nato di Afghanistan. – Bernama, 22 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen