Putrajaya digesa selesaikan skandal rasuah untuk pulihkan imej negara


Gan Pei Ling Amin Iskandar

Skandal seperti 1Malaysia Development Berhad menjejaskan imej negara di mata dunia. – Gambar fail AFP, 22 Februari, 2018.

MALAYSIA perlu menyelesaikan skandal rasuah dan memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memulihkan integriti dan imej antarabangsa, kata badan pemerhati anti rasuah susulan kedudukan negara yang merosot dalam indeks rasuah global.

Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata kehidupan masyarakat yang teruk menular hingga ke institusi awam.

“Isu yang tidak dapat diselesaikan seperti 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dan rampasan dana awam melalui GLC seperti Felda dan Mara menunjukkan keadaan buruk itu semakin merebak di pelbagai institusi awam.

“Lebih daripada itu, masalahnya terletak pada keseluruhan sistem pentadbiran awam, hubungan antara politik dan perniagaan yang menyumbang kepada jenayah rasuah.

“Keterlibatan peguam negara sekarang dan keengganan mereka mengenakan mendakwa SRC International walaupun rayuan SPRM memburukkan lagi sistem semasa, dan salah urus sumber-sumber kewangan negara dapat dilihat oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cynthia berkata Perdana Menteri Najib Razak tidak lagi boleh berpura-pura segala-galanya baik dan perlu menjawab soalan-soalan yang tidak dapat diselesaikan mengenai semua skandal ini sebelum memikirkan untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Pengerusi Hisbah Center for Reform (Hisbah) Ezam Mohd Nor berkata penurunan kedudukan Malaysia dalam CPI itu disebabkan tiada sesiapa didakwa berhubung skandal 1MDB dan SRC International. – 22 Februari, 2018.

Artikel penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen