Kerjasama ekonomi Kazakhstan, Arab Saudi diperkukuh


Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev berkata, negara itu menawarkan syarat khas dan pilihan pelaburan kepada pelabur Arab Saudi. – Gambar EPA, 25 Julai, 2022.

PRESIDEN Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud di Jeddah bagi membincangkan kerjasama ekonomi, lapor agensi berita Sputnik.

“Kedua-dua pihak menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan kerajaan akan mempergiatkan usaha ke arah itu dalam masa terdekat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan perkhidmatan akhbar pejabat presiden Kazakhstan.

Tokayev berkata, Kazakhstan bersedia menawarkan syarat khas dan pelbagai pilihan pelaburan untuk pelabur Saudi yang menjanjikan keuntungan bersama.

Putera Mahkota itu berkata, hubungan antara Arab Saudi dan Kazakhstan berada pada tahap yang baik dan terdapat ruang untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan pembangunan.

Presiden itu turut menjemput putera mahkota Saudi untuk berkunjung ke Kazakhstan dan jemputan itu diterima oleh Mohammed bin Salman Al Saud, menurut perkhidmatan akhbar presiden. – Bernama, 25 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen