3 maut, 2 cedera insiden tembakan di universiti Filipina


Kejadian berlaku pada jam 2.55 petang waktu tempatan di pintu masuk Universiti Ateneo de Manila di Quezon City. – Gambar Facebook, 24 Julai, 2022.

INSIDEN tembakan di sebuah kampus universiti di Metro Manila pada Ahad mengorbankan tiga individu manakala dua lagi cedera, menurut polis Filipina.

Pihak berkuasa pembangunan Metro Manila mengesahkan kejadian berlaku pada jam 2.55 petang waktu tempatan di pintu masuk Universiti Ateneo de Manila di Quezon City, lapor agensi berita Xinhua.

“Seorang pengawal keselamatan turut terbunuh,” kata pengarah polis daerah Quezon City, Remus Medina.

Dalam kejadian itu, suspek cuba melarikan diri menggunakan kereta tetapi berjaya ditahan polis.

Ejen biro penyiasatan kebangsaan juga dikerah ke lokasi kejadian “untuk menyiasat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa dan pihak universiti.”

Kampus “ditutup buat masa ini,” menurut universiti itu.

Ketua Hakim Negara Mahkamah Tinggi Alexander Gesmundo dijadual menghadiri majlis graduasi lulusan undang-undang pada petang Ahad.

Jurucakap Mahkamah Agung Brian Hosaka berkata, Gesmundo “yang dalam perjalanan ke lokasi itu dinasihatkan untuk berpatah balik”. – Bernama, 24 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen