Kebakaran hutan, Mariposa diisytihar darurat


Kebakaran hutan pokok oak telah memusnahkan lebih 11,000 ekar tanah sejak petang Jumaat. – Gambar Facebook, 24 Julai, 2022.

GABENOR California Gavin Newsom mengisytiharkan darurat di Mariposa County susulan kebakaran besar sehingga mengakibatkan ribuan penduduk di kawasan Taman Negara Yosemite terpaksa berpindah.

“Gabenor Gavin Newsom hari ini mengisytiharkan darurat di Mariposa County akibat kejadian Oak Fire yang telah memusnahkan rumah, menjejaskan infrastruktur penting dan lebih 3,000 penduduk terpaksa dipindahkan,” menurut pejabat gabenor dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut kemas kini terbaharu Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Oak Fire telah memusnahkan lebih 11,000 ekar tanah sejak petang Jumaat dan situasi gagal dibendung.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Menurut laporan media tempatan, beratus-ratus premis perniagaan dan kediaman turut mengalami gangguan bekalan elektrik akibat kejadian itu. – Bernama, 24 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen