Transaksi tanpa tunai di klinik, hospital kerajaan mulai Oktober


Pembayaran secara tanpa tunai ini turut bagi mengelakkan penularan Covid-19. – Gambar EPA, 24 Julai, 2022.

BERMULA 1 Oktober depan, semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima pembayaran tanpa tunai sama ada dengan menggunakan kad debit, kad kredit mahupun e-dompet.

Namun Ketua Setiausaha KKM Harjeet Singh berkata pembayaran secara tunai masih diterima untuk kes tertentu.

“Pembayaran tunai masih diterima untuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akses kepada mod e-pembayaran,” katanya.

Menurutnya keputusan itu dibuat bagi mengurangkan ketirisan wang awam dan melancarkan servis di kaunter selain mengelakkan penularan wabak Covid-19.

“Arahan ini adalah sebahagian usaha pendigitalan berterusan Putrajaya dan kementerian menjangkakan 94% transaksi terimaan tanpa tunai menjelang akhir tahun ini,” tambahnya.

Pada tahun 2020, KKM menjalankan inisiatif pembayaran tanpa tunai untuk 139 hospital dan 144 klinik kesihatan serta empat institut kesihatan di seluruh negara,

Menterinya Ketika itu Dr Adham Bababerkata pembayaran tanpa sentuh membenarkan orang awam menggunakan kad debit, kad kredit, e-dompet dan beberapa instrument lain termasuk PayWave.

Katanya, tanpa tunai merupakan kaedah yang disarankan di bawah norma hidup baharu.– 24 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen